Method 2 – Fix Re-Login Loop Error cron-ig.com

Method 2 bagi menyelesaikan masalah re-login loop apabila menggunakan Sistem Cron-IG Autopost. Kaedah ini menggunakan teknik verifikasi melalui SMS. Maka anda WAJIB verifikasi akaun instagram dengan nombor telefon yang SAH.

Langkah demi langkah : Method 2 – Fix Re-Login Loop Error cron-ig.com

Langkah 1 : Enable Two-Factor Authentication

Paling utama sebelum anda masukkan akaun IG kedalam Sistem Cron-IG adalah anda perlu ENABLE fungsi two-factor authentication (2FA). Caranya adalah:

  1. Buka Mobile App Instagram
  2. Klik pada 3 titik bertindih (bahagian atas penjuru kanan)
  3. Scroll ke menu Privacy & Setting & klik Two-factor authentication
  4. Klik pada butang ON Require Security Code
  5. Instagram akan menghantar 6 digit code security bagi pengesahan ENABLE 2FA
  6. Masukkan 6 digit code tersebut & anda berjaya ENABLE 2FA

(Nota: Sekiranya Instagram tidak menghantar 6 digit code ke SMS anda, sila ulang semula selepas 15~30 minit. Pastikan anda menggunakan no telefon yang sah. ie: +60195514425)

Langkah 2 : Masukkan Akaun IG kedalam Sistem Cron-IG

  1. Daftar akaun trial disini (sekiranya anda belum memiliki akaun Cron-IG)
  2. Klik pada menu Accounts
  3. Masukkan Username & Password akaun Instagram anda & klik ADD ACCOUNT
  4. Pastikan dalam masa yang sama anda buka Mobile App Instagram kerana IG akan memaklumkan “We detected unusual Login Attempt – Android Location Singapore“. Sekiranya Error ini keluar, anda perlu Klik “This Was Me
  5. Selepas anda klik ADD ACCOUNT dari Sistem Cron-IG, popup Verification akan keluar. Anda perlu pilih “Send via SMS
  6. Seterusnya anda masukkan sahaja 6 Digit Code yang dihantar melalui SMS oleh pihak instagram & klik butang “SAVE CHANGES
  7. Anda biarkan akaun tersebut 10~15 minit. Jangan gunakan lagi semua fungsi didalam Cron-IG termasuk Menu Statistic. Sekiranya anda terus klik atau terus menggunakan fungsi Post selepas ADD ACCOUNT, ini berkemungkinan anda akan alami error re-login loop semula.
  8. Anda perlu refresh Menu Accounts & sekiranya paparan akaun bukan username IG anda, maka anda perlu lakukan langkah seterusnya NO. 9
  9. Paparan diatas NO.8 bermasud akaun IG anda ENABLE 2FA. Tidak mengapa. Anda hanya perlu buka Mobile App Instagram & DISABLE 2FA.
  10. Seterusnya, anda hanya perlu Klik EDIT ACCOUNT & masukkan sekali lagi Username & Password akaun Instagram dan klik “SAVE CHANGES“.
  11. Biarkan selama 10~15 minit, kemudian anda lakukan post pertama melalui Sistem Cron-IG. Sekiranya berjaya, maka anda boleh terus menggunakan Sistem Cron-IG tanpa masalah.
  12. Namun sekiranya anda alami “Re-Login Required” anda ulang langkah No.2 semula sehingga selesai tetapi kali ini anda tidak perlu lagi ENABLE 2FA.

Akhir kata, method 2 ini telah diuji pada akaun yang baru & lama. Sebelum ini saya menggunakan Method 1, namun masih tidak berjaya ADD ACCOUNT. Namun selepas mencuba Method 2, semua akaun IG saya berjaya dimasukkan kedalam Sistem Cron-IG tanpa sebarang masalah.

Anda boleh cuba Method 2 ini & sekiranya ada soalan atau masalah, boleh hubungi saya melalui WhatsApp.