Tips FB – Please Verify Your Account

Keselamatan Akaun Facebook Semasa Menggunakan Sistem CronPanda PRO atau CronPanda PILOT.

Ini adalah langkah terbaik bagi mengelakkan akaun anda di block oleh pihak FB diatas kekerapan login dari tempat yang berbeza. Contohnya sebelum ini anda login menggunakan Handphone, kemudian login pada Browser di PC/Laptop. Kekerapan login dari pelbagai jenis gadjet ini akan menyebabkan akaun anda perlu di VARIFY.

Kebiasaannya apabila perkara ini berlaku, anda tidak dapat login kedalam akaun FB selagi anda tidak VERIFY sama ada menggunakan CODE SMS, UPLOAD PICTURE, REQUEST FROM 5 FRIEND, UPLOAD IC dan beberapa lagi option lain yang diberi oleh pihak FB. Terutama apabila anda baru mencipta akaun FAKE FB dan menggunakan bersama Sistem Autopost dari mana-mana pembekal diluar sana.

Namun saya ada CARA UNTUK MENGELAKKAN DI BLOCK (VERIFY ACCOUNT) ini. Ianya cukup mudah & selamat digunakan. Teknik ini juga membolehkan akaun anda lebih selamat dari mana-mana hacker.

Teknik yang saya maksudkan adalah ENABLE Two-Factor Authentication.

Ini bermaksud setiap kali anda mahu login kedalam akaun FB menggunakan gadjet baru (yg tidak dikenali FB), maka anda perlu masukkan 6 digit code security tambahan yang akan dihantar oleh FB melalui SMS (sekiranya anda verify akaun dgn no telefon) atau menggunakan aplikasi Two-Factor Authentication.

Bagaimana cara untuk ENABLE Two-Factor Authentication?

Langkah 1 : Anda login ke akaun FB (facebook.com)

Langkah 2 : Anda pergi ke MENU SETTING (rujuk gambar dibawah)


Langkah 3 : Anda pergi ke MENU SECURITY & LOGIN (rujuk gambar dibawah)


Langkah 4 : Anda scroll sehingga jumpa MENU Two-Factor Authentication (rujuk gambar dibawah)


Untuk ENABLE fungsi ini, anda hanya perlu klik pada butang EDIT (Use two-factor authentication). Kemudian anda pilih untuk ENABLE menggunakan SMS dan Aplikasi Authentication. ENABLE melalui SMS sangat mudah, anda hanya perlu masukkan no telefon anda. Pastikan 1 nombor telefon hanya digunakan untuk 1 akaun FB sahaja.

Untuk Authentication melalui APP, saya galakkan anda menggunakan Google Authenticator, ianya PERCUMA di googleplay & AppStore.
Anda boleh search nama “Google Authenticator” atau klik link dibawah untuk install aplikasi ini didalam handphone anda:

PlayStore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.authenticator2&hl=en

AppStorehttps://itunes.apple.com/my/app/google-authenticator/id388497605?mt=8

Selepas anda berjaya install di mobile phone, anda perlu buka akaun FB di Browser PC/Laptop kerana ini lebih mudah untuk anda ADD Akaun FB kedalam sistem two-factor authentication. Anda hanya perlu SCAN QRCODE yang diberi oleh pihak FB menggunakan App Google Authenticator. Secara automatik anda BERJAYA ENABLE two-factor authentication untuk akaun FB.

Langkah 5 : Uji cuba fungsi Two-Factor Authentication

Anda buka browser chrome di PC/Laptop, kemudian pilih NEW ICOGNITO WINDOW (menu 3 titik bertindih di penjuru kanan sebelah atas browser chrome – rujuk gambar)

Kemudian anda buka facebook.com & login seperti biasa. Sekiranya popup seperti gambar dibawah muncul, ini bermaksud anda BERJAYA ENABLE Two-Factor Authentication.

Dimana mahu dapatkan 6 Digit Code Security tersebut?
Ianya berada didalam Aplikasi Google Authenticator anda sekiranya pilih aplikasi code generator, sekiranya anda memilih SMS, maka pihak FB akan menghantar CODE melalui SMS kepada nombor telefon yang anda masukkan didalam setting akaun FB.

Seterusnya popup ini pula akan muncul.

Anda perlu pilih “Save Browser” dan klik butang “Continue”. Kini anda sudah login akaun FB dengan menggunakan FB Two-Factor Authentication. Maka selepas ini, tiada sesiapa yang boleh login kedalam akaun FB anda sekiranya mereka tidak miliki 6 Digit Code pada hanphone anda. Bagaimana? Rasa selamat kan?

Baiklah, selesai tutorial berkaitan Two-Factor Authentication. Sekiranya anda menggunakan Software CronPanda PRO & CronPanda PILOT, saya sangat galakkan anda ENABLE fungsi ini bagi menjamin keselamatan akaun anda.

Apabila anda ingin lakukan AUTHENTICATION didalam Sistem CronPanda, pastikan anda login akaun FB terlebih dahulu pada web browser yang sama semasa anda login akaun Sistem CronPanda. Anda boleh ikut langkah ini:

Authentication App Android/Iphone CronPanda PRO/PILOT:

  1. Buka browser chrome
  2. Login akaun FB (masukkan 6 digit code & pilih option Save Browser)
  3. Login akaun Sistem CronPanda
  4. Klik Authenticate App Android/iPhone (boleh rujuk video tutorial Authenticate App)
  5. Klik Generate ACCESS TOKEN & Save token anda (boleh rujuk video tutorial Authenticate App)
  6. Selesai, anda boleh gunakan Sistem CronPanda seperti biasa.

Cara ini dapat mengurangkan RISIKO akaun anda di BLOCK oleh FB kerana login dari pelbagai jenis gadjet. Selain daripada itu, anda juga boleh ENABLE fungsi lain didalam akaun FB seperti “Get alerts about unrecognized logins” dan juga “Choose 3 to 5 friends to contact if you get locked out“.

Semoga tips ini membantu anda didalam penggunaan Sistem CronPanda dimasa akan datang.
Terima kasih.