Tutorial – Setup Massvoting

Dalam post ini saya akan ajar anda cara untuk setup Modul Massvoting di cron-ig.com Sekiranya anda belum miliki akaun di CRON-IG, daftar disini untuk dapatkan akaun trial 3 hari PERCUMA.

Langkah 1:
Login Sistem CRON-IG: https://cron-ig.com/v4/login

Langkah 2:
Menu Modul Massvoting ada di sebelah kiri website. Sila rujuk gambar dibawah.

Menu cron-ig.com

Anda perlu klik 3 Layer tersebut untuk lihat Menu dalam Sistem CRON-IG. Paparan menu akan seperti dibawah:

Seterusnya klik pada Menu Massvoting.

Langkah 3:
Selepas anda klik Menu Massvoting, paparan screen anda adalah seperti ini:

Seterusnya klik pada nama akaun IG anda (Akaun IG yang dipaparkan dalam tutorial hanyalah contoh sahaja.)

Langkah 4:
Page Settings Massvoting – Penerangan fungsi button dan cara menggunakannya seperti gambar dibawah:

Merujuk gambar diatas, penerangan adalah seperti berikut:

Button Back: Fungsi button ini adalah untuk kembali ke senarai akaun IG anda.

Button Settings: Button Settings akan memaparkan setting bagi Modul Massvoting yang perlu anda setup.

Button Activity Log: Button ini akan memaparkan activity yang telah dilakukan oleh sistem iaitu Voting yang telah berjaya dilaksanakan.

Button Stats: Button ini akan memaparkan laporan statistik vote yang telah berjaya dilakukan oleh sistem secara Harian & jumlah vote dalam Mingguan.

Tick Option People Follower: Tick ini bermaksud Sistem akan target followers dari akaun tersebut. Contohnya target anda adalah @neelofa. Maka sistem akan vote semua story dari senarai followers akaun @neelofa.

Tick Option People Post Liker: Tick ini bermaksud Sistem akan target semua user yang LIKE post. Contoh target anda adalah @neelofa. Maka sistem akan vote story user yang LIKE post di page @neelofa. Ianya berbeza denga People Follower.

Anda boleh guna salah satu option atau kedua-duanya sekali dalam satu masa.

Button Target List: Button ini berfungsi untuk anda masukkan senarai target secara pukal. Contohnya anda telah kumpul 20 username akaun IG sebagai target. Anda boleh masukkan kesemuanya menggunakan button ini. Contohnya:

neelofa
theyusufiskandar
jepsepahtu
mfmirafilzah
khairulaming
aeril_zafrel
haniszalikha
zizanrazak869
nelydiasenrose
uqashasenrose2

Anda boleh terus masukkan senarai username tersebut dalam Target List. Formatnya mudah sahaja, anda tidak perlu meletakkan simbol @ di hadapan username & satu username bagi setiap satu baris.

Button Clear Target: Button ini berfungsi untuk anda buang semua target yang telah di setup sebelum ini.

Button Copy Target: Button ini berfungsi untuk memudahkan anda COPY target dari sistem untuk digunakan pada akaun yang lain.

Contohnya anda ada 2 atau lebih akaun dalam sistem CRON-IG & mahu menggunakan target yang sama. Maka anda boleh COPY target menggunakan button ini.

Search: Kotak search disini berfungsi untuk anda mencari akaun target satu per satu berdasarkan username. Anda masukkan username target di kotak search, sistem akan paparkan hasil carian akaun atau akaun yang hampir berkaitan dengan username tersebut.

PENTING! Pastikan anda masukkan minima 20 target atau lebih untuk dapat hasil yang terbaik sepanjang menggunakan sistem Massvoting.

Tick Option Active Service: Untuk hasil yang maksima, anda TICK semua option yang ada.
Poll Vote: Sistem akan vote di poll story bagi pihak anda.
Slider Point: Sistem akan vote di slider story bagi pihak anda.
Question Answer: Sistem akan vote di Question story bagi pihak anda.
Quiz Answer: Sistem akan vote di Quiz story bagi pihak anda.

Text Box Answer for questions: Anda perlu masukkan soalan/jawapan yang bersesuaian untuk menarik perhatian owner story disini. Contoh adalah seperti gambar diatas. Anda boleh ubah mengikut kretiviti sendiri bagi menarik minat owner story untuk datang ke IG anda.

PENTING! Pastikan anda cipta lebih dari 10 ayat. 1 ayat untuk 1 baris. Sistem akan post 1 sahaja dalam 1 masa secara rawak dari ayat yang anda cipta.

Option Slider Point Min/Max: Untuk hasil yang terbaik, anda set slider poin Min = 90 & Max = 100. Anda beri hasil yang positif, owner story pun gembira.

Option Poll Answer Option: Adalah lebih baik anda biarkan ianya RANDOM. Namun anda boleh buat tetapan lain seperti First Option atau Second Option.

Option Stories Parsing Speed: Anda set sahaja kepada Maximum.

Langkah 5:
Akhir sekali setelah anda berpuashati dengan semua setup diatas. Anda perlu set Status.

Option Status: Pilih Active untuk anda aktifkan sistem Massvoting dan klik button SAVE.

Sekiranya anda mahu sistem Massvoting berhenti, set Deactivate dan klik button SAVE.

Selesai.
Kini anda telah berjaya setup Modul Massvoting. Anda hanya perlu ulang 5 langkah ini untuk akaun yang lain (sekiranya ada).

Anda boleh ubah tetapan setting pada bila-bila masa dan jangan lupa setiap kali perubahan anda perlu klik button SAVE.

Setelah sistem berjalan, anda hanya perlu pantau Activity Log untuk lihat hasil Vote yang telah dilaksanakan oleh sistem.

Sekiranya anda ada sebarang soalan lain, sila whatsapp saya atau bertanya dalam group support CRON-IG.

Terima kasih.